Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2011 Sabah Sarawak

TERKINI : Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2012

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2011 Di Sabah Dan Sarawak

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2010 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2011 di Sabah dan Sarawak.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Sabah atau Sarawak.
  3. Memperolehi keputusan minimum 3A 2B; (Matematik dan Sains harus A) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010.

Pemilihan

  1. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
    1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
  2. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  4. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Permohonan


Mohon Nombor Pin / Katalaluan

  1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan nombor pin secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2010 diumumkan secara rasmi, iaitu 11 November 2010.
  2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2010 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.


Isi Borang Online

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2011.
  2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
    • Permohonan ke Tingkatan Satu, Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.
  5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Maklumat

  1. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765.
  2. Sila rujuk laman web MARA untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan secara online akan ditutup pada 30 November 2010.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 3 Disember 2010.
  3. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

18 thoughts on “Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2011 Sabah Sarawak

  1. […] 11 November 2010',''],['',' Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2011 Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak ditutup pada 30 November […]

  2. macammana kalau saya dapat 3A 1B 1C math A but BI B………..

  3. […] This post was mentioned on Twitter by ePutra Nilam, Siti Nabilah. Siti Nabilah said: RT @eputra Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2011 Sabah Sarawak http://eputra.net/cDOFb5 […]

  4. Anak saya bersekolah di smenanjung tahun 6 2010 dan mndapat kputusan 5A..dia gagal ke sbp namun saya ada memohon mrsm di sabah..kerana kami telh brpindah ke sabah selesai saja anak saya mndpt kputusan upsr..persoalan saya, adakh pelajar dr sabah sahaja yg layak @ diberi keutamaan utk kemasukan ke mrsm di sabah.

  5. tuyu eh…

  6. Sekolah baik hanya sedikit. Sabah tiada high performance school, semua d semanjung. Yang sedihnya sekolah yang agak baik di Sabah pun diisi oleh orang semanjung. Pelajar cemerlang dari Sabah terabai. Kalau susah sangat kita minta ketua pengarah pelajaran dan menteri pelajaran orang Sabah, baru ada peluang. kalau tidak kita tukar kerajaan.
    Sabah prehatin

  7. Sabahan right wings says:

    Sekolah baik hanya sedikit. Sabah tiada high performance school, semua d semanjung. Yang sedihnya sekolah yang agak baik di Sabah pun diisi oleh orang semanjung. Pelajar cemerlang dari Sabah terabai. Kalau susah sangat kita minta ketua pengarah pelajaran dan menteri pelajaran orang Sabah, baru ada peluang. kalau tidak kita tukar kerajaan Saja atau bentuk United Borneo Front (UBF) bersama Dr. Jeffrey.

  8. Sabah right wing says:

    Sekolah baik di Sabah sedikit. Sabah tiada high performance school, semua di semanjung. Yang peliknya sekolah yang agak baik di Sabah pun diisi oleh orang semanjung. Pelajar cemerlang dari Sabah terabai seramai 1190 orang yang mendapat 5A tidak mendapat tempat ditanah air sendiri. Kalau susah sangat kita minta ketua pengarah pelajaran dan menteri pelajaran orang Sabah, baru ada peluang. Atau tukar tukar kerajaan ikut united borneo front (UBF). –

  9. Sabah right wing says:

    Tidak keluarkan komen disini tak apa, saya akan tulis dalam daily express dan hantar cc kepada menteri pelajaran, dan Sabah member of parlimen (MP- Dr Hew atau Datuk Bong Moktar) dan ksu. Ini hal pemilihan main buyuk ni!

  10. Tumpang Tanya . . .
    Permohonan untuk tingkatan 4 bila keluar?

  11. Madeline Petty says:

    Tidak keluarkan komen disini tak apa, saya akan tulis dalam daily express dan hantar cc kepada menteri pelajaran, dan Sabah member of parlimen (MP- Dr Hew atau Datuk Bong Moktar) dan ksu. Ini hal pemilihan main buyuk ni!

  12. salam..
    adik sy nk masuk mrsm..tapi pihak pejabat mengatakan tak pa…skrg adik sya dpat tawaran ke sms…adik saya menangis kena takut x dpat masuk mrsm…mak sya jgak menyesal kna isi borang sms…adik sy x nk sekolah kalau x masuk mrsm…hermmm

  13. laman web gapo nok bukuk?

  14. salam sejahtera,
    anak saya sudah mendapat tawaran ke sms seminggu yang lalu.namun demikian saya telah memohon utk ke MRSM.Adalah harapan saya agar anak saya mendapat tawaran di MRSM kerana anak saya bercita-cita untuk bersekolah di MRSM setelah mendapat keputusan 5A dalam UPSR yang lalu.Mudah-mudahan yang anak saya dapat tempat di MRSM.

    • Biasanya mereka yang telah mendapat tawaran ke SBP akan digugurkan namanya dari pertimbangan ke MRSM. Sila hubungi pejabat MARA jika anak puan ingin menolak tawaran SBP

  15. Kakak Prihatin says:

    Samalah juga dengan situasi adik saya..sudah isi permohonan MRSM melalui online pada Dis 2010..& guru sekolahnya mengisi borang SBP untuknya &adik saya diterima masuk ke SBP di semenanjung tapi adik saya tidak pergi sebab dia lebih berminat masuk ke MRSM.Bila saya beritahu dia yang dalam syarat MRSM camni: "Pemohon yang ditawarkan masuk ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM", dia hanya mengeluh..so sekarang dia redha dengan keputusan MRSM..kalau dapat,syukur lah & kalau tidak dapat,apa boleh buat ^_^

  16. yg da dpt sbp tu da kira ok la tu. bagi la can anak orang lain yg belum terima apa2 tawaran masuk mrsm. jgn tamak.

  17. […] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Sabah Sarawak 2010 dan 2011 sebagai […]